Sony's Spider-Man Universe

Sony's Spider-Man Universe (SSU[1]; Bahasa Melayu: Dunia Spider-Man Sony) ialah sebuah francais media dan dunia sepunya yang berpusatkan sebuah siri filem adiwira yang dihasilkan oleh Columbia Pictures dengan kerjasama Marvel Entertainment. Diedarkan oleh Sony Pictures Releasing, filem-filem ini berbandukan pelbagai harta intelek komik Marvel yang mempunyai kaitan dengan watak Spider-Man.Usaha-usaha untuk mengembangkan dunia fiksyen menggunakan watak sokongan daripada filem-filem Spider-Man bermula sejak Disember 2013. Sony Pictures merancang untuk menggunakan The Amazing Spider-Man 2 (2014) untuk melancarkan beberapa filem sempalan yang menumpukan watak jahat atau musuh Spider-Man dari komik, termasuklah sebuah filem Venom. Selepas menemui kegagalan yang kritikal melibatkan kewangan dari The Amazing Spider-Man 2, perancangan ini tidak diteruskan. Pada Februari 2015, Sony mengumumkan persetujuan untuk bekerjasama dengan Marvel Studios dalam filem Spider-Man akan datang dan menyepadukan watak tersebut ke dalam Dunia Senimatik Marvel (atau MCU). Hubungan ini menghasilkan filem-filem Spider-Man: Homecoming (2017), Spider-Man: Far From Home (2019), dan Spider-Man: No Way Home (2021), sementara Sony secara berasingan membangunkan semula filem Venom (2018) sebagai sebuah filem kendiri kemudiannya menjadi permulaan kepada dunia fiksyen mereka sendiri. Sony dan Marvel Studios merunding semula persetujuan mereka pada 2019 untuk berkongsi watak Spider-Man antara MCU dan filem kendiri mereka yang berdasarkan Marvel. Filem Venom kemudiannya diikuti dengan Venom: Let There Be Carnage (2021) danMorbius (2022), kedua-duanya mempunyai babak pertengahan kredit yang menampilkan elemen-elemen daripada konsep multiverse yang mengkaitkan SSU dengan MCU. Venom dan Morbius menerima kritikan yang negatif, sementara Venom: Let There Be Carnage menerima pandangan yang bercampur-campur. Siri ini memperoleh jumlah kutipan terkumpul hanya $1.5 bilion seluruh dunia.Sony sedang menghasilkan beberapa filem aksi langsung berdasarkan watak-watak Marvel, dengan kini dalam penjadualan untuk dilancarkan ialah Kraven the Hunter dan Madame Web pada 2023 dan El Muerto pada 2024. Beberapa filem lagi sedang dalam tahap pembangunan yang pelbagai, dan Sony Pictures Television sedang membangunkan beberapa siri televisyen aksi langsung yang berlatarkan dunia sepunya yang sama, bermula dengan siri Silk.

Rujukan

WikiPedia: Sony's Spider-Man Universe https://collider.com/madame-web-movie-sets-morbius... https://deadline.com/2017/05/venom-movie-tom-hardy... https://deadline.com/2022/04/bad-bunny-spider-man-... https://deadline.com/2022/04/spider-man-across-the... https://deadline.com/2022/06/tom-hardy-venom-3-scr... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/spid... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/veno... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/veno... https://www.productionweekly.com/production-weekly... https://screenrant.com/spider-man-universe-sony-mo...